Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Bakat (TEC), Universiti Malaya akan menganjurkan satu kursus seperti ketetapan berikut:
📌 Tajuk Kursus:
Pengurusan Landskap Hijau: Reka Bentuk & Penyelenggaraan Lestari
📅 Tarikh: 10 Februari 2026
📍 Tempat: Rimba Ilmu, Universiti Malaya
👤 Penceramah:
En. Maszairizam Masri
Arkitek Landskap, Universiti Malaya
🎯 Objektif Kursus:
Fokus kepada rekabentuk taman, teknologi pembinaan taman, pemilihan tanaman. Sesuai untuk landskap urban, taman awam, perumahan, institusi pengajian, institusi awam, taman botani dan lain-lain
* Memberi pendedahan asas reka bentuk landskap hijau yang praktikal dan lestari
* Meningkatkan kefahaman terhadap teknik penyelenggaraan landskap yang cekap dan mesra alam
* Menggalakkan amalan pengurusan landskap yang menyokong kelestarian alam sekitar
💰 Yuran Penyertaan: RM250 seorang
Sehubungan itu, semua yang berminat dijemput untuk menyertai kursus ini.
Pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan kod QR pada poster atau hubungi pihak urus setia.
📞 Pertanyaan: 03-7967 7364 / 7365 / 7850
📧 Emel: tec_official@um.edu.my
Kerjasama dan penyertaan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.