.jpeg)
Penampilan profesional bukan sekadar mencerminkan personaliti individu, malah menjadi elemen penting dalam membina keyakinan diri, meningkatkan kredibiliti serta memperkukuh imej organisasi. Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif, etika penampilan yang tepat mampu memberikan impak positif terhadap komunikasi, perkhidmatan dan hubungan profesional.
Sehubungan itu, Pusat Kecemerlangan Bakat (TEC), Universiti Malaya dengan sukacitanya mempelawa agensi kerajaan, badan berkanun, institusi pengajian tinggi, syarikat swasta serta orang awam untuk menyertai Program Pembangunan Profesional: Workplace Image Excellence – Grooming, Style and Professional Presence.
Program ini akan membimbing peserta membina imej profesional melalui teknik solekan asas, pemilihan gaya dan warna pakaian yang bersesuaian, serta etika penampilan yang mencerminkan profesionalisme di tempat kerja.
🗓️ Tarikh: 15 Disember 2026 (Selasa)
📍 Tempat: Universiti Malaya
🎤 Penceramah: En. Mohd Zairil Izzaq Zainudin
Penolong Pendaftar, Universiti Malaya
Melalui program ini, peserta akan:
💰 Yuran Penyertaan: RM550 seorang
Diskaun Khas!
Organisasi yang menghantar peserta ke program ini layak menikmati diskaun 30% bagi yuran penyertaan program TEC yang seterusnya.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua dan tempat adalah terhad. Daftarkan penyertaan anda dengan mengimbas Kod QR pada poster yang dilampirkan.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 03-7967 7364 / 7365 / 7850
📧 tec_official@um.edu.my
Bersama-sama e-mel ini turut dilampirkan poster program untuk rujukan dan hebahan lanjut.
Kami mengalu-alukan penyertaan Tuan/Puan dalam program ini bagi memperkasakan imej profesional, meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan penampilan yang berkualiti selaras dengan aspirasi kecemerlangan organisasi.
"Penampilan Profesional Mencerminkan Kredibiliti, Keyakinan dan Kecemerlangan."
Sekian, terima kasih.